Image Banner

TAKILIMAT PBD TAHAP 1

Assalamualaikum, Alhamdulillah telah berlangsungnya Takilimat PBD Tahap1 SEKOLAH RENDAH ISLAM SELANGOR (JAIS) SEKSYEN 19 , SHAH ALAM. Kehadiran ibu bapa penjaga yang sangat menggalakkkan. Terima kasih.

LAGI

SEKITAR LAWATAN KE ISTANA ALAM SHAH.

Seramai 40 orang murid bersama 4 orang guru pengiring diberi peluang mengikuti lawatan sambil belajar ke Istana Alam Shah. Program ini adalah program jemputan dari pihak istana melalui Panitia Sejarah.

Objektif khusus lawatan :
1. Memberi peluang kepada murid-murid memahami Sistem Kesultanan Di Raja.
2. Memahami Adat Istiadat Khusus yang berlangsung di dalam Istana.

Terima kasih diucapkan kepada pihak istana & tahniah kepada semua urusetia, peserta & guru yang terlibat.

LAGI

AMALAN 5S DI SEKOLAH

Bersama kita membudayakan serta mengamalkan 5S di sekolah dan di rumah. Moga menjadi kelaziman anak-anak SRAI S19 khususnya.

Konsep amalan 5S adalah seperti berikut : Seiri (Sisih)- iaitu proses mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya, Seiton (Susun) – iaitu proses menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan, Seiso (Sapu) – iaitu proses membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas, Seiketsu (Seragam) – iaitu proses menyeragamkan dan memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa dan Shitsuke (Sentiasa Amal) – iaitu proses melatih pekerja agar mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

 

LAGI

KANGAROO MATH COMPETITION 2019

Seramai 57 orang murid (tahun 3-6) SRAI SEKSYEN 19 akan menyertai pertandingan Matematik terbesar di dunia esok (21 Mac 2019). Pertandingan ini dianjurkan bagi menguji kebolehan dan pengetahuan murid dalam Matematik anjuran Sekretariat Kangaroo Malaysia. Pertandingan ini disokong penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi markah extra ko-kurikulum (Pentaksiran PAJSK) kepada murid yang mengambil bahagian.

Semoga kalian beroleh kejayaan..
#19no1

LAGI

LATIHAN ROAD RUN 2019.

Dalam edisi kali ini..semua murid SRAI19 terlibat secara langsung dalam program yang telah dirancangkan. Murid-murid Tahun 3 4 5 dan 6 terlibat di dalam larian. Manakala murid-murid Tahun 1 dan 2 di programkan dengan aktiviti tayangan & Program Cinta Jawi (Panitia Jawi)

PERTANDINGAN SEBENAR :
JUMAAT 22hb April 2019

LAGI

CALON TERBAIK SELURUH NEGERI SELANGOR

Tahniah diucapkan kepada calon PSRA 2014 daripada 6 Taubat, Qistina Sofiyyah binti Taqiuddin Amini kerana nama anda telah terpahat sebagai Calon Terbaik Seluruh Negeri Selangor hari ini daripada lebih 37 ribu calon PSRA 2014 dengan peratus sebanyak 99.6%. 

Alhamdulillah...
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam , ibubapa/penjaga yang turut sama mendoakan kejayaan anak-anak semua.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner